Punca sebenar nahas elmina dikeluarkan

Punca sebenar nahas amat mengejutkan


 KUALA LUMPUR: Laporan Awal Nahas Kemalangan Udara Elmina yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini menyebut bahawa faktor kesihatan dan psikologi diketepikan sebagai punca nahas membabitkan pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 pada 17 Ogos lalu. 

Menurut laporan itu, kedua-dua juruterbang mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius, berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Transkripsi awal fail audio perakam suara kokpit pesawat itu juga telah selesai dan analisis sedang dijalankan, dengan transkrip hanya akan dimasukkan dalam laporan akhir jika perlu.

Sehubungan itu, kementerian itu menjelaskan punca nahas pesawat terbabit hanya akan didedahkan dalam laporan akhir. 

Menurut laporan awal itu, pesawat jenis Beechcraft Premier 1 mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggarakan mengikut peraturan. 

Pesawat itu juga mempunyai lesen dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada. Laporan awal itu bagaimanapun, berkata pesawat berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran selepas kemalangan.

"Kejadian berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan keadaan meteorologi yang baik dengan jarak penglihatan 10 kilometer.

Terdahulu, laporan awal nahas itu dimuat naik ke dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan, pada jam 10 pagi tadi. 

Siasatan ke atas nahas yang mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu itu dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Comments

Popular posts from this blog