Akhirnya bercerai


 PENGURUS penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak mengesahkan sudah bercerai dengan abang Siti, Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie sejak dua tahun lalu.

Perkara itu dikongsi Rozi, 46, menerusi rakaman video dengan sebuah penerbitan majalah yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Menurut Rozi yang juga ibu beranak tiga itu, status dirinya turut menjadi pertanyaan dalam kalangan peminat di media sosial apabila tidak pernah melihat kelibat suaminya bersama.

"Ramai yang tanya mana suami saya, kenapa tak letak gambar suami apabila sering berkongsi foto dengan anak-anak.

Dalam hal ini, hanya rakan dan keluarga rapat saja tahu kedaan sebenar yang saya adalah ibu tunggal," katanya.

Rozi berkata perpisahan adalah jalan terbaik buat dia bersama bekas suami dan perkara itu diketahui anak-anak.

"Sebagai ibu, saya taknak status perpisahan yang berlaku membuatkan anak-anak rasa terabai.

"Jadi, saya duduk dengan anak-anak dan panggil mereka untuk berbincang supaya bersedia. 

"Saya tidak mahu mereka fikir bukan-bukan. Bagi saya, kekuatan anak-anak bergantung kepada tindakan ibu bapa," katanya.

Rozi yang terbiasa berdikari berkata, dia meneruskan kehidupan seperti biasa, cuma bezanya tanggungjawab keluarga digalas sendiri.

Rozi berkata, kehidupan mencabar apabila perlu melakukann sendiri pada masa anak-anak dalam proses membesar.

Hasil perkongsian hidup Ayie dan Rozi, mereka dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Comments

Popular posts from this blog