Posts

Image
  Bukan Biasa-biasa! Ini Latar Belakang Bakal Isteri Putera Mateen BY  roti telur october 8 , 2023   2.9k KONGSIAN Sejak kebelakangan ini,   Putera Sultan Brunei Darussalam Hassanal Bolkiah  yang bernama  Pengiran Muda ‘Abdul Mateen  atau Putera Mateen menjadi perbincangan netizen di Malaysia mahupun Indonesia. Memiliki paras tampan dan tubuh sasa, menjadikan kehidupan Mateen menjadi sorotan kerana beliau merupakan lelaki idaman setiap wanita. Saat beliau digilai ramai wanita, muncul pula  wanita yang digelar kekasih putera raja ini iaitu  Anisha Isa-Kalebic . Bagi anda yang tidak mengenali teman wanita Mateen, berikut ulasan ringkas profil Anisha Isa. Anisha merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim. Datuknya ialah seorang pembesar Brunei. Pada masa ini, beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kerajaan Brunei.