Posts

Showing posts from August, 2023

Biadap! China Ubah Peta Merangkumi Sabah & Sarawak

Image
  NEW DELH I: Peta standard China edisi 2023 yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli negara itu meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di India yang didakwa milik negara itu. Peta itu dikeluarkan semalam sempena sambutan Hari Publisiti Ukur dan Pemetaan dan Minggu Publisiti Kesedaran Pemetaan Kebangsaan China Peta standard China edisi 2023 itu turut menggabungkan kawasan yang dipertikaikan termasuk tuntutannya ke atas Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan. Ini turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam. Peta terbaru itu susulan kenyataan Beijing pada April lalu yang mengumumkan, mereka akan ‘melaksanakan standard’ nama 11 tempat di Arunachal Pradesh, termasuklah sebuah bandar berhampiran dengan ibu kota Arunachal Pradesh, Itanagar. Ia juga adalah senarai ketiga ‘menamakan’ tempat di Arunachal Pradesh